Bismillah....
Sesetengah orang susah melelapkan mata di malam hari...itu yang online sampai pagi2 buta...hehe :)
Masalah ini selalunya berpunca daripada otak yang ligat memikirkan sesuatu perkara dalam satu masa,dalam keaadaan ketakutan di tahap kritikal,terlalu teruja untuk melakukan aktiviti yang menarik pada hari berikutnya(cth:esok nak naik kapal terbang buat pertama kali),terlalu keletihan dan sebagainya.
Tidur adalah masa yang terbaik untuk otak berehat setelah seharian bekerja.Tidur untuk seketika amat baik bagi mereka yang masih bergelar seorang pelajar kerana dengan tidur sementara dapat mengembalikan kecerdasan minda untuk digunakan pada waktu petang.
Selalunya yang admin dengar mereka yang sukar melelapkan mata,mereka akan telan pil tidur atau panadol dalam kuantiti yang banyak.Cara mereka ini adalah tindakan yang salah dan akan mengundang pelbagai penyakit (terlebih dos).
Mari kita sama-sama amalkan doa-doa ini....
1.Doa hendak Tidur
Ertinya:"Ya Allah,Dengan namaMu hamba hidup,dan dengan namaMu hamba mati".
2.Doa sukar Tidur
Ertinya:"Ya Allah,sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata.Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur.Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".
3.Doa Bangun Tidur
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan,dan kehadapanNya kita akan kembali".
Admin masukkan yang ertinya sebab tulisan arab tu x reti nk buat...walaupun baca dalam bahasa melayu,Allah tetap memahami...bukankah Allah itu maha mengetahui??
maaf atas kekurangan..segala yang baik datang dari Allah..dan segala kekurangan datang dari saya sendiri..
terima kasih kerana sudi membaca....semoga kita sama-sama peroleh syafaat...
No comments:
Post a Comment