Friday, June 7, 2013

4 Jenis Malaikat Muncul Semasa Nazak

Assalammualaikum.....dah lama saya x buat entry...almaklumlah buzy memanjang...alhamdulillah..sekarang saya dapat menyambung pelajaran saya di Matrikulasi Gambang,Pahang (KMPh).Dalam perjalan saya dari shah alam ke gambang,saya terbaca satu artikel ini...saya rasa amat berguna kepada kita semua,jadi saya ingin berkongsi bersama anda semua.. :)



           4 JENIS MALAIKAT YANG MUNCUL SEMASA MANUSIA NAZAK


1.Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata:

   "Akulah yang ditugaskan untuk memberi rezekimu,sama ada di timur atau barat bumi ini.Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki pun".

2.Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya sama ada kamu berada di timur atau barat muka bumi ini.Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air pun".

3.Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timur atau barat muka bumi ini,kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai".

4.Malaikat ajal memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu samasa kamu berada di timur atau barat muka bumi ini,kini aku akan mengambil ajalmu".


Apabila empat malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak,maka Kiraman Katibin akan membentangkan segala amalan yang telah diusahakan semasa hayatnya di dunia.Sama ada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran,semua Kirama Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Adil.


                                                                                                             Wallahu'alam.....

No comments:

Post a Comment