Monday, December 31, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (2)

Bismillah.....

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur(cahaya) di muka mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada, mayat itu menjawab:"sesungguhnya bagi mereka yang memperolei nur(cahaya) adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu,Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu,Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur(cahaya) dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasalullah s.a.w. berkata:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.Setelah itu,datang datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga ke kerongkong dan itulah dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasulullah s.a.w. lagi:"Kalau orang yang nazak itu itu orang yang beriman,maka malaikat jibril a.s. akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangan kepada sayap jibril a.s. Kalau orang yang nazak itu munafik,maka Jibrail a.s. akan melebarkan sayap di sebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan di neraka dan dalam masa itu,orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya,datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang itu melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."Setelah malaikat itu mendengar penjelasan itu,maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT  berfirman yang bermaksud:"Cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan .Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan kepada anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.Maka berkata tangan: tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan mengusap anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri  majlis-majlis  ilmu."Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja makaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan  zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata,maka mata pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa menangis keran takutkan Allah."Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Alla SWT.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis asma;Ku ditelapak tanganmu tunjukkan kepada roh orang beriman itu."Sebaik saja menerima perintah Allah SWT.Maka malaikat naut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah SWT.Sebaik saja melihat Asma'Allah dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang....






Friday, December 28, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (1)

                               
Bismillahirahmanirahim....

Apabila roh keluar dari jasad,ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh berkata:"Wahai orang yang memandikan,aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut.

   Selepas itu,mayat pula bersuara sambil merayu:"Wahai orang yang memandikan,janganlah engkau menuang airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuang dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:"Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."Setelah dimandikan dan dikafankan,telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dadn berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

   Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan lagi:"Demi Allah,wahai jelmaanku,aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu.Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."

   Sesudah mayat diletakkan pada pengusung ,sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan:"Wahai kekasihku,Wahai saudaraku dan Wahai anak-anakku,jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.Ada pun di dunia,Allah menghisab amalanku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

          Wallahualam.....
                                                                                                                             

Sunday, December 16, 2012

Tanda-Tanda Kematian...

Bismillah...

Bacalah...mati tak tahu bila..Adapun tanda-tanda kematian mengikut Ulama' adalah benar dan wujud.Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada Tanda-tanda ini.Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyukutukan Allah nyawa mereka ini akan di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

Tanda 100 hari sebelum mati.


Ini adalah tanda PERTAMA dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak.Tanda ini akan berlaku Lazimnya selepas waktu ASAR.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan MENGGIGIL.Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih,jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati,maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bgi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbak untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati.

Tanda ini juga berlaku sesudah Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini 'Daun' yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil 'daun' tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang Terpilih akan menjadi bingung seketika.Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum mati.
Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.

Tanda 3 hari sebelim mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas iyu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemu waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir.

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggag dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT  yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang di pilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran akan tanda-tanda mati ini.

                                                      Wallahualam....




Sunday, December 9, 2012

Bacaan Al-Fatihah yang betul.

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH.

Bismillahirrahmanirrahim...

Membaca al-Fatihah adalah satu rukun dalam Solat.Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita sebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,sekiranya kita tidak BERHATI-HATI.

Nama Syaitan:

1.DU LI LAH(bila dibaca TANPA sabdu)sepatutnya DULILLAH.
2.HIR ROB sepatutnya HI ROB.
3.KIYYAU sepatunya KI YAU.
4.KANNAK sepatutnya KA NAK.
5.KANNAS sepatutnya KA NAS.
6.IYA(bila dibaca TANPA sabdu)sepatunya IYYA.IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5,jika salah bacaannya akan bermaksud kepada (mataharilah yang kami sembah dan kepda mataharilah kami meminta pertolongan.)

7.SIROTOL LAZI..sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8.AMIN..hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat,semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat insya'Allah.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

WallahuAlam...
                  yang buruknya datang daripada saya,yang baik datangnya daripada Allah.

Thursday, December 6, 2012

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W

Nabi Muhammad saw bersabda:"sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1.Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi mala'ikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu TERHALANG perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2.Aku melihat seorang dari umatku telahdisediakan azab kubur yang amat menyiksakan,maka ia telah DISELAMATKAN oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3.Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah,maka ia DISELAMATKAN oleh berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS  kepada Allah.

4.Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah MELEPASKANYA dari seksaan itu.

5.Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia rasa puas.

6.Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia akan diusir,maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.

7.Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya ,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung ,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8.Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya ,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar MENYAMBUT bicaranya,lalu berbicaralah mereka dengannya.

9.Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Bersabda Rasulullah s.a.w.,ertinya:
    "sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat."

Wednesday, December 5, 2012

pelayaran sebuah perasaan.


Kadang-kadang kita tanya pada diri."kenapa dengan aku hari ni?"
Kadang-kadang kita berbisik dalam hati"mengapa orang sekeliling aku tidak ambil peduli akan aku?"
Kadang-kadang kita tercari-cari"mana pergi semua kawan-kawan aku ni?"
Kita semua bermunajat kapada Allah apabila dilanda musibah atau kesunyian"Ya Allah,aku sedih Ya Allah..!""Ya Allah,tolonglah hambaMu ini Ya Allah!"

Kita merintih,Kita meraung...keseorangan..
Dalam hati berbisik-bisik(Ish,ke mana semua orang menghilangkan diri di saat memerlukan sokongan dan dorongan.)

MENGAPA?saat kita dalam kesusahan,TIADA siapa yang menghulurkan tangan untuk memberikan pertolongan.
MENGAPA?saat kita dalam kesedihan,TIADA siapa yang datang menenangkan hati kita.

Pernahkah kita TERFIKIR...
Mengapa semua ini berlaku pada diri kita..?

Semua persoalan terungkai dengan sendirinya...

CUBA  kita menoleh kebelakang dan mengimbas kembali semua perbuatan kita pada setiap insan di atas muka bumi ini...Adakah kita menghulurkan tangan di saat mereka memerlukan kita?Adakah kita senantiasa berada di sisi mereka di saat mereka keseorangan?Adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang lain untuk diberikan ganjaran yang istimewa?

Semua perbuatan kita sentiasa di lihat oleh Yang Maha Esa..
Segala amalan kita dicatat oleh malaikat kiri kanan tanpa rasa jemu..

Ingatlah wahai saudara saudariku....
Segala perbuatan baik kita akan dibalas dengan kebaikan..
Segala perbuatan buruk kita akan dibalas dengan keburukan
Sengguhnya Allah itu Maha Adil....!

Tuesday, December 4, 2012

Friends Forever....!!

                                                           
                                                            Sometimes I felt BAD,
                                                            Sometimes I felt EMPTY,
                                                            Sometimes I felt BURDEN,
                                                            Sometimes I felt LONELY,
                                                            
                                                           But,after met my lovely FRIENDs,
                                                            My world have changed.....
                                                            Never thought about this,
                                                            But it is TRUE....

Terjalinnya sebuah ikatan antara kita.Bermula saat kita bertentang mata.
Terciptanya rasa kasih antara kita.Bermula saat Aku memerlukan KAMU!
Terciptanya rasa marah antara kita.Bermula saat Aku mementingkan Diri.
Terciptanya rasa rindu antara kita.Bermula saat Aku menghilangkan Diri.


Sebuah ikatan yang kita bina penuh dengan galak tawa.
Sebuah ikatan yang kita bina penuh dengan rasa sedih dan duka.
Sebuah ikatan yang kita bina penuh dengan rasa benci dan dendam.
Sebuah ikatan yang kita bina penuh dengan Kesucian.

Hubungan yang penuh bermakna ini kita lakar Bersama.
Hubungan yang diredai ini kita kekalkan Bersama.

Dari khyayalan menjadi Impian,Saat kita Bersua muka.

Aku Bersyukur ke Hadrat ILLAHI, kerana menganugerahkan kau Wahai Sahabat kepada Diriku yang penuh kekurangan dan kejahilan.

Terima kasih kepada Kau kerana memimbing Diriku.
Terima kasih kepada Kau kerana sanggup mengorbankan masa untuk Aku.
Terima kasih Untuk Segalanya..

from left:siti nuraishah,zaida,nurhasanah,adlin,suhadah.



from right:umi syahirah and shahira adlina.

Masya'Allah..

Kesabaran

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.Sabar memang mempunyai banyak macam.Sabar melaksanakan perintah(taat).Sabar meniggalkan larangan-Nya.Sabar ketika mendapat bencana.
Barang siapa bersabar kerana taat,maka pada hari kiamat Allah akan memberinya 300 dajat di Syurga.Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi.Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah,maka pada hari kiamat Allah akan memberinya 600 darjat.Tiap-tiap darjat antara langit ke-7 dan bumi ke-7.Ada pun orang yang sabar dengan bencana&musibah,maka pada hari kiamat Allah akan memberinya 700 darjat di syurga.Tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura.

Kesakitan

Daripada Nabi S.A.W,baginda bersabda:
"Ketika seorang hamba sakit,Allah mengutus dua malaikat kepadanya,seraya berkata,'Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku.'Jika dia berkata'ALHAMDULILLAH',maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu,lalu berkata,"Aku berjanji untuk hamba-Ku.Jika aku mematikannya,Kumasukkan dia ke Syurga.Dan jika Aku menyembuhkannya,Kuganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.Dan Aku hapuskan pula keburukannya."

p/s:setiap apa yang diuji oleh-Nya pasti akan ada Ganjaran yang menanti.

Monday, December 3, 2012



                                              
                                        ketentuan Illahi

Everything Happens For A Reason....
Just Believe!
Setiap Kekecewaan,
Pasti Akan Terselit Kegembiraan...


p/s:Trying nk buat cerpen....any idea??

peminat novel..haha

assalammualaikum..hah,sape yang minat novel ni??kite ni minat tp x dpt nk bli selalu..duit tarak..Haha..lgpn x selalu out...so,x la byk novelnye...

bicara hati adalah buku yang pertama kite beli..sebenarnye buku ni dh lame..smnjak drjah 6 lagi dh ade..tp waktu x brape nk minat...citer ni pasal kahwin kontrak...mule2 benci..last2..cinte gak...

Sepupuku Suamiku...best gak citer ni..sweet je...abang sepupu cube untuk mencintai adik sepupu merangkap isteri.....sebab selame ni Hisyam menganggap Nana sbg adik sahaje...sekali due-due jatuh cinte..saat kebahagiaan menjelma..Bala mengundang apabila bekas tunang Hisyam menuntut Hisyam kembali..

Jendela Hati..buku ni ade akak ni bg...novel ni pasai..perkahwinan 'berganti tikar'Farah adalah kembar seiras Sarah..Farah mengorbankan kebahagiaannya dengan melaksanakan wasiat arwah sarah..Namun Lukman Hfizi tak dapat terima Farah sebagai isterinye...Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan?

Suami aku ustaz..beli novel ni sebelum spm...Herm...mmg x bace buku la...Ibu bapa Alisa ingin menyatukan dia dengan Hafiz merangkap Usataz di sekolahnye..
Alisa.Cita-cita setinggi langit,cintanya masih belum pernah berputik.Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua?Hafiz pun sweet gak....

Kahwin Ganti baru je beli...sbb bru habis perikse...dh habis bace dah pun...Hihi..sweet citer ni...Luqman Hakim terpaksa menggantikan abang kembarnya iaitu Nuqman Hakim yang hilang saat akad nikah hampir tiba..Mya Zara adalah Tutor Luqman Hakim...mereka terpaksa sembunyikan status mereka..
"Awak suka saya tak?"-Mya zara
"Aku....suka Dibo!"-Luqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya?Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

p/s:Herm,saje nak berkongsi cerita..harap dapat membantu anda semua..be my follower!!

Sunday, December 2, 2012

scout


Assalamualaikum....  

Hehe...sebenarnye baru nk berjinak-jinak buat bende alah ni....

pengakap adalah unit uniform yang paling aktif di sekolah...banyak sangat kemnye..first time joined unit takut-takut sebab x de ramai kawan..dh lame sikit...Hah Kau,jumpe geng yang sekepale...boleh jadi gile kalau kami bertiga berjumpa...ade je ceritanye....Melalui aktiviti pengakap ini jugak dapat membantu saya bergaul dengan orang ramai...

Kalau dulu susah sangat nak keluar rumah,dan tak pernah pun pergi kem...joined je pengakap..Hah,kem sana sini sebab nak dapatkan lencana..Daripada putih muke ni sampai gelap sebab kem je..Hihi..x de la putih mane pun..saje buat gempak..Sampai kawan kita kata"aktif sangat shahira ni..."herm,nk buat cmne Jiha...tapi best sebenarnye...banyak pengalaman kite dapat..

Ini hasil penat lelah kita dan penat lelah keluar kan duit....^hihi
bukan senang nak dapatkn ni..betul x hasanah,adah,afiq..?
so,nk ucapkan terima kasih kat cikgu2 pengakap 47 klang..Yang sudi membantu kami dari awal hingga akhir.
Ini sesi fotografi pengakap raja 2012 yang telah berjaya...Erm,saya di mana?x payah la dok mencari..x nampak pun...sebab dok nun belakang sana..dh la kite ni x cukup ketinggian..Hehe..
Ini PENGAKAP RAJA 2012 (47 klang)...Cayalah!! 3 gadis ayu yang berseluar itu lah kami....
okey,samapai sini je..ketemu lagi....