Sunday, December 16, 2012

Tanda-Tanda Kematian...

Bismillah...

Bacalah...mati tak tahu bila..Adapun tanda-tanda kematian mengikut Ulama' adalah benar dan wujud.Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada Tanda-tanda ini.Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyukutukan Allah nyawa mereka ini akan di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

Tanda 100 hari sebelum mati.


Ini adalah tanda PERTAMA dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak.Tanda ini akan berlaku Lazimnya selepas waktu ASAR.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan MENGGIGIL.Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih,jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati,maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bgi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbak untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati.

Tanda ini juga berlaku sesudah Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini 'Daun' yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil 'daun' tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang Terpilih akan menjadi bingung seketika.Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum mati.
Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.

Tanda 3 hari sebelim mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas iyu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemu waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir.

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggag dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT  yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang di pilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran akan tanda-tanda mati ini.

                                                      Wallahualam....




3 comments: