Monday, December 31, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (2)

Bismillah.....

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur(cahaya) di muka mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada, mayat itu menjawab:"sesungguhnya bagi mereka yang memperolei nur(cahaya) adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu,Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu,Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur(cahaya) dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasalullah s.a.w. berkata:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.Setelah itu,datang datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga ke kerongkong dan itulah dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasulullah s.a.w. lagi:"Kalau orang yang nazak itu itu orang yang beriman,maka malaikat jibril a.s. akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangan kepada sayap jibril a.s. Kalau orang yang nazak itu munafik,maka Jibrail a.s. akan melebarkan sayap di sebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan di neraka dan dalam masa itu,orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya,datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang itu melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."Setelah malaikat itu mendengar penjelasan itu,maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT  berfirman yang bermaksud:"Cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan .Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan kepada anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.Maka berkata tangan: tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan mengusap anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri  majlis-majlis  ilmu."Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja makaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan  zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata,maka mata pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa menangis keran takutkan Allah."Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Alla SWT.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis asma;Ku ditelapak tanganmu tunjukkan kepada roh orang beriman itu."Sebaik saja menerima perintah Allah SWT.Maka malaikat naut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah SWT.Sebaik saja melihat Asma'Allah dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang....






2 comments: