Friday, December 28, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (1)

                               
Bismillahirahmanirahim....

Apabila roh keluar dari jasad,ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh berkata:"Wahai orang yang memandikan,aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut.

   Selepas itu,mayat pula bersuara sambil merayu:"Wahai orang yang memandikan,janganlah engkau menuang airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuang dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:"Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."Setelah dimandikan dan dikafankan,telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dadn berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

   Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan lagi:"Demi Allah,wahai jelmaanku,aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu.Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."

   Sesudah mayat diletakkan pada pengusung ,sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan:"Wahai kekasihku,Wahai saudaraku dan Wahai anak-anakku,jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.Ada pun di dunia,Allah menghisab amalanku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

          Wallahualam.....
                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment