Friday, June 7, 2013

4 Jenis Malaikat Muncul Semasa Nazak

Assalammualaikum.....dah lama saya x buat entry...almaklumlah buzy memanjang...alhamdulillah..sekarang saya dapat menyambung pelajaran saya di Matrikulasi Gambang,Pahang (KMPh).Dalam perjalan saya dari shah alam ke gambang,saya terbaca satu artikel ini...saya rasa amat berguna kepada kita semua,jadi saya ingin berkongsi bersama anda semua.. :)



           4 JENIS MALAIKAT YANG MUNCUL SEMASA MANUSIA NAZAK


1.Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata:

   "Akulah yang ditugaskan untuk memberi rezekimu,sama ada di timur atau barat bumi ini.Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki pun".

2.Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya sama ada kamu berada di timur atau barat muka bumi ini.Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air pun".

3.Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timur atau barat muka bumi ini,kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai".

4.Malaikat ajal memberi salam dan berkata:

  "Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu samasa kamu berada di timur atau barat muka bumi ini,kini aku akan mengambil ajalmu".


Apabila empat malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak,maka Kiraman Katibin akan membentangkan segala amalan yang telah diusahakan semasa hayatnya di dunia.Sama ada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran,semua Kirama Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat Allah S.W.T. Yang Maha Adil.


                                                                                                             Wallahu'alam.....

Wednesday, February 20, 2013

doa tidur

Bismillah....

Sesetengah orang susah melelapkan mata di malam hari...itu yang online sampai pagi2 buta...hehe :)
Masalah ini selalunya berpunca daripada otak yang ligat memikirkan sesuatu perkara dalam satu masa,dalam keaadaan ketakutan di tahap kritikal,terlalu teruja untuk melakukan aktiviti yang menarik pada hari berikutnya(cth:esok nak naik kapal terbang buat pertama kali),terlalu keletihan dan sebagainya.

Tidur adalah masa yang terbaik untuk otak berehat setelah seharian bekerja.Tidur untuk seketika amat baik bagi mereka yang masih bergelar seorang pelajar kerana dengan tidur sementara dapat mengembalikan kecerdasan minda untuk digunakan pada waktu petang.

Selalunya yang admin dengar mereka yang sukar melelapkan mata,mereka akan telan pil tidur atau panadol dalam kuantiti yang banyak.Cara mereka ini adalah tindakan yang salah dan akan mengundang pelbagai penyakit (terlebih dos).

Mari kita sama-sama amalkan doa-doa ini....

1.Doa hendak Tidur

Ertinya:"Ya Allah,Dengan namaMu hamba hidup,dan dengan namaMu hamba mati".

2.Doa sukar Tidur

Ertinya:"Ya Allah,sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata.Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur.Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri.Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

3.Doa Bangun Tidur

Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan,dan kehadapanNya kita akan kembali".


Admin masukkan yang ertinya sebab tulisan arab tu x reti nk buat...walaupun baca dalam bahasa melayu,Allah tetap memahami...bukankah Allah itu maha mengetahui??

maaf atas kekurangan..segala yang baik datang dari Allah..dan segala kekurangan datang dari saya sendiri..

        terima kasih kerana sudi membaca....semoga kita sama-sama peroleh syafaat...

Monday, January 14, 2013

apply part time...

Assalamualaikum.....

hah,sebenarnye nak cerita pasal mencari part time job....ye la,sementara tggu result keluar boleh cari side income daripada duduk rumah goyang kaki macam 'mam besar' badan pun boleh jadi besar nanti.Bukan nak kata asal cuti lame je kene cari kerja,kalau duduk rumah pun ape salahnya boleh tolong mak di dapur,belajar masak nanti bile duduk sorang2 tak de lah asyik nk rebus maggi je...huhu~~

Okey,ni dari pengalaman dari author sendiri....sebenarnya inilah kali pertama mencari part time sepanjang hidup so,macam2 kite orang punya ragam.....

first,author n sahabat handai...cari kerja btul2 hujung bulan,sebab kite orang ingat nak start kerja awal bulan depannye lah, jadi tak payah la apply awal2..sekali hah,amikaw.....sampai sekarang orang tu tak call macam ape je kite orang tunggu nak dapatkan panggilan dari orang tu... :( siap berangan lagi...wahahaa!!!

kite orang memang tak reti apa sebenarnya so,kite orang minta kerja dekat2 dengan rumah.Makan tengahari boleh balik rumah,save bajet...pasal tambang transport..tak payah dok cerita..jalan kaki je dah sampai...jadi gaji tu bersih la dapat...pastu berangan la...nak beli macam2..hehe~~padahal gaji yang ditawarkan pun seberapa ....

first day nak apply kerja amat2 memalukan sebab kite orang tak bawa pen...ye la,nak apply job mesti la kene ade pen kalau tak...herm,paham2 je la...lagi satu paling2 x boleh lupe adalah~~~time nk tanye pekerje kat situ dekat mana nak amik borang isi kerje.Masing2 malu untuk bertanya,last2 kite orang decided sape kalah'LAT TA LI LAT TALI TAM....PLOM'kene pegi tanya....tp,alhamdulillah bukan diriku yang kene..wahaha!!!so,bile kawan dah menebalkan muke untuk bertanya,kite orang follow je dari belakang..erm,kene ambil borang tu kat guard...sekali sorang kawan ni tanye guard tu,"ade pen tak?"sambil menebalkan muke.... -_- Untie tu geleng kepala je....malu doh.......~~~

Pada hari yang sama,tempat yang berlainan....pegi minta borang apply part time...erm,kite orang ni bukan tamak tapi "sediakan payung sebelum hujan..."ye la..mane la tahu..yang first tu tak dapat yang kali ke due ni dapatkan... :)pun same juga...kene minta pen kat akak tu...akak tu pun berkata"nak cari kerja pun tak bawa pen ke?"huh,panas je muke....tp,terpakse lah memaniskan muke semanis-manisnye....

Tunggu punye tunggu...x dapat panggilan lagi...herm,kite orang dah tak senang duduk kat umah dah...lantas,mencari lagi kerja lokasinya pun dekat-dekat dengan rumah je...hah,kali ini kite bawak pen...ye la..tak nak la ditebalkan muke tu..malu betul....Time ni pergi berdua je dgn umi..asyik nak berkepit je...sekali akak tu tanye"kalau dapat seorang je,siape yang nak?"masing2 berpandangan sesame sendiri...(glare~~)sepantas kilat ku menjawab"tak nak."(muktamad).Akak tu geleng kepala je...huhu

Tunggu2 tak dapt juga... :( Tp,tak pe kite orang tak mengaku kalah...kali ni try jauh sikit...time nak cari HR dprtment..huh,masing2 macam cacing kepanasan...pandang sesame sendiri...last2 kawan juga yang pegi tanya..huhu..keje kat sini lain sikit..sbb kene tanye dulu Jbahagian mane perlukan part time..kalau ade..nanti orang tu yang bawa kite orang sndiri isi borang..dgn 2 kali percubaan alhamdulillah..akhirnya diterima...dan menjalankan tugas seminggu selepas temu duga..

Sekali lagi di uji oleh Allah...seorang kawan terpaksa menarik diri untuk bekerja di situ..sebab terdapat hal yang tak dapat di elakkan...hanya Allah sahaja tau macam mana perasaan dan gundah di hati pada hari pertama berkerja...almaklumlah...selama 18 tahun hidup ini lah kali pertama mencari rezeki yang halal di luar..Oleh itu,saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADAH & AISHAH..kerana sudi menemaniku..sampai pintu masuk diaorang temankan..huhu...

Lastly,buat UMI ini adalah ujian dari Allah.dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...Allah tahu kite perlukan komunikasi dengan lebih ramai orang,dan Allah juga tahu umi amat sesuai menjadi guru tadika sementara sekarang...

IKTIBAR dari cerite ini,
 
   1.Jangan sesekali lupa membawa pen semasa apply job.
   2.Jangan terlalu memilih kerja
   3.Jangan terlalu memandang kepada pulangan kerana part time job memang salary basic.
   4.yang paling penting ingat bukan kawan yang sentiasa di sisi,tetapi Allah S.W.T


Wallahu'alam...harap dapat kite berkongsi bersama....

Monday, December 31, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (2)

Bismillah.....

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau melihat kubur pecah.Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing.Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur(cahaya) di muka mereka.Dalam mimpi itu,Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.Lalu dia bertanya kepada, mayat itu menjawab:"sesungguhnya bagi mereka yang memperolei nur(cahaya) adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku."

Setelah mendengar jawapan mayat itu,Abi Qalabah pun terjaga.Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.Seterusnya tidak lama selepas itu,Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur(cahaya) dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasalullah s.a.w. berkata:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.Setelah itu,datang datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga ke kerongkong dan itulah dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasulullah s.a.w. lagi:"Kalau orang yang nazak itu itu orang yang beriman,maka malaikat jibril a.s. akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangan kepada sayap jibril a.s. Kalau orang yang nazak itu munafik,maka Jibrail a.s. akan melebarkan sayap di sebelah kiri.Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan di neraka dan dalam masa itu,orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya.Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya,datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang itu melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT."Setelah malaikat itu mendengar penjelasan itu,maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT  berfirman yang bermaksud:"Cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan .Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan kepada anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.Maka berkata tangan: tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan mengusap anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri  majlis-majlis  ilmu."Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja makaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan  zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata,maka mata pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa menangis keran takutkan Allah."Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Alla SWT.Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis asma;Ku ditelapak tanganmu tunjukkan kepada roh orang beriman itu."Sebaik saja menerima perintah Allah SWT.Maka malaikat naut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma' Allah SWT.Sebaik saja melihat Asma'Allah dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang....






Friday, December 28, 2012

Pesanan Roh Kepada Manusia (1)

                               
Bismillahirahmanirahim....

Apabila roh keluar dari jasad,ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan,lalu roh berkata:"Wahai orang yang memandikan,aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut.

   Selepas itu,mayat pula bersuara sambil merayu:"Wahai orang yang memandikan,janganlah engkau menuang airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuang dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:"Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."Setelah dimandikan dan dikafankan,telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dadn berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak,isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.

   Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan lagi:"Demi Allah,wahai jelmaanku,aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu.Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."

   Sesudah mayat diletakkan pada pengusung ,sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan:"Wahai kekasihku,Wahai saudaraku dan Wahai anak-anakku,jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku.Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku.Ada pun di dunia,Allah menghisab amalanku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

          Wallahualam.....
                                                                                                                             

Sunday, December 16, 2012

Tanda-Tanda Kematian...

Bismillah...

Bacalah...mati tak tahu bila..Adapun tanda-tanda kematian mengikut Ulama' adalah benar dan wujud.Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada Tanda-tanda ini.Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyukutukan Allah nyawa mereka ini akan di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

Tanda 100 hari sebelum mati.


Ini adalah tanda PERTAMA dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak.Tanda ini akan berlaku Lazimnya selepas waktu ASAR.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan MENGGIGIL.Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih,jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda mati,maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bgi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbak untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati.

Tanda ini juga berlaku sesudah Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini 'Daun' yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil 'daun' tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang Terpilih akan menjadi bingung seketika.Adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum mati.
Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.

Tanda 3 hari sebelim mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas iyu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemu waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir.

Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggag dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT  yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang di pilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran akan tanda-tanda mati ini.

                                                      Wallahualam....




Sunday, December 9, 2012

Bacaan Al-Fatihah yang betul.

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH.

Bismillahirrahmanirrahim...

Membaca al-Fatihah adalah satu rukun dalam Solat.Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita sebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,sekiranya kita tidak BERHATI-HATI.

Nama Syaitan:

1.DU LI LAH(bila dibaca TANPA sabdu)sepatutnya DULILLAH.
2.HIR ROB sepatutnya HI ROB.
3.KIYYAU sepatunya KI YAU.
4.KANNAK sepatutnya KA NAK.
5.KANNAS sepatutnya KA NAS.
6.IYA(bila dibaca TANPA sabdu)sepatunya IYYA.IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5,jika salah bacaannya akan bermaksud kepada (mataharilah yang kami sembah dan kepda mataharilah kami meminta pertolongan.)

7.SIROTOL LAZI..sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8.AMIN..hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat,semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat insya'Allah.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

WallahuAlam...
                  yang buruknya datang daripada saya,yang baik datangnya daripada Allah.